PERUTUSAN MANTAN YANG DI-PERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t..

Salam dari saya untuk semua warga Universiti Industri Selangor.Alhamdulilah, bersyukur saya kepada ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya melengkapkan teks ini. Sepengal sudah berlalu, kini Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 sudah sampai ke penhujung sesi dan akan melabuhkan tirai perjuangannya genap 31 Disember 2010.

Kesempatan ini juga saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak UNISEl kerana banyak memberi kerjasama sepanjang pengal kami bergelar MPP. Tidak lupa juga barisan mantan MPP 2009/2010 yang banyak membantu, kelab-kelab dan persatuan di UNISEL dan Mahasiswa UNISEL yang memahami dan mengerti akan skop kerja kami. Terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan MPP UNISEL 2010/2011 atas komitmen dan tanggungjawab yang telah ditunjukkan oleh kamu semua.

Majlis Perwakilan Pelajar adalah satu badan yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan mahasiswa dan pembangunan modal insan mahasiswa. Sepanjang tempoh jawatan MPP 2010/2011 terdapat pelbagai isu-isu yang hangat diperkatakan sepanajang pengal kami sebagai MPP. Isu-isu seperti PTPTN, pecah masuk asram JNSB, isu HALAL dan pelbagai lagi sering diperkatakan oleh mahasiswa UNISEL. Isu-isu seperti ini telah diperjuangkan oleh pihak kami dan kami telah melakukan apa yang termampu untuk memastikan isu ini dapat selesaikan. Segala kekurangan yang jelas dalam menangani isu ini amat kami kesali dan kami akui disetiap kelemahan ini.

Saya amat mengalakkan mahasiswa UNISEL aktif berpersatuan. Ini kerana dengan berpersatuan, Mahasiswa yang dilahirkan akan lebih matang dan mampu berdikari di alam pekerjaan kelak. Ingin saya ingatkan majikan diluar sana akan sentiasa menilai Mahasiswa dari segi pemikiran dan kematangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perbezaan ini juga kita sudah lihat dari peringkat universiti lagi yang mana Mahasiswa yang aktif akan melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu belajar dan mengurus manakala mahasiswa yang pasif ia akan fokus pada belajar semata-mata dan tidak mempunyai pengalaman mengurus dan sosial yang banyak. Jadi saya memohon agar Mahasiswa UNISELi akan terus mengiatkan diri dalam berpersatuan.

Bagi ahli Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012 yang akan dilantik Januari ini, teruskan langkah anda sebagai seorang pejuang yang akan membela hak dan kebajikan mahsiswa UNISEL. Ia merupakan amanah, pengiktirafan dan kepercayaan terhadap saudara dan saudari bagi memimpin dengan penuh komitmen, bertanggungjawab dan berintergriti. Teruskan perjuangan dan yakin pada setiap perkara yang kamu lakukan.

Akhir kata dari saya sebagai Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011, sama-samalah kita menaikkan nama UNISEL sebagai sebagai sebuah varsiti yang dikenali, disegani dan dihormati ramai. Jangan harapkan UNISEL memberi kita sesuatu sebaliknya kita mesti ada inisiatif untuk memberi sesuatu kepada UNISEL. Saya memohon maaf diatas kesilapan atau kekurangan yang telah saya lakukan sepanjang saya bergelar YDP MPP UNISEL dan terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan yang memahami dan banyak membantu.

Salam Kesinambungan, Salam Perjuangan dan Salam kasih sayang.

Yang benar

AZIM MD. KASIM
Mantan Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011

About mppunisel

Helpful..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s