Minggu Tekad Siswa Sesi 1/2010/2011

MINGGU TEKAD SISWA (MTS) adalah sebuah program yang dianjurkan khas bagi meraikan semua mahasiswa/I baru UNISEL. Program ini dianjurkan oleh kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP), UNISEL. Sepanjang MTS Berlangsung, para mahasiswa/I baru akan mendapat pelbagai input dan output mengenai universiti dan proses pembelajaran yang bakal dilalui.  Tahniah kerana telah menjadi warga UNISEL.

Pada 19 Jun sehingga 26 Jun 2010, program MTS bagi sesi Jun 2010 telah diadakan secara rasminya. Di kampus Bestari Jaya, Seramai 1700 dan di Kampus Shah Alam, Seramai 600 Pelajar baru telah berdaftar dan diraikan. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah berlaku dan dikongsi bersama. Seramai 75 orang fasilitator yang dipilih telah bekerjasama dengan ahli MPP untuk menjayakan MTS tersebut. Pelbagai penerangan dan aktiviti telah diadakan sepanjang MTS ini. Antaranya adalah, Penerangan mengenai Pinjaman PTPTN, MARA, Unit Disiplin dan keselamatan, Kebajikan pelajar, penginapan pelajar serta penerangan mengenai setiap kursus yang diikuti oleh pelajar. Pada akhir MTS iaitu pada 26 Jun, Semua pelajar baru dari kedua-dua kampus Bestari Jaya dan Shah Alam telah dijemput untuk menyertai Program Ilmuan Bersama Menteri Besar Selangor bertempat di Taman Tasik, Shah Alam. Pada masa yang sama, UNISEL telah dinobatkan sebagai Pemenang keseluruhan ketagori Universiti yang menghantar peserta seramai 2200 peserta.

Untuk makluman, Semua info bergambar boleh dilihat dan dikomen di laman Facebook MPP UNISEL SESI 2010/2011. Sebagai Makluman Tambahan, MTS ini merupakan MTS yang pertama dianjurkan oleh MPP sesi 2010/2011. Terima kasih kepada semua yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program MTS sesi Jun 2010.

About mppunisel

Helpful..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s