Festival Kelab dan Persatuan

Pada 19 Julai sehingga 21 Julai 2010, MPP sesi 2010/2011 telah menganjurkan Festival Kelab dan Persatuan dengan kerjasama Kelab dan persatuann.

PENDAHULUAN

Mahasiswa merupakan barisan pelapis kepada kepimpinan masyarakat dan negara pada masa depan. Justeru itu, sudah pasti warga pendidik UNISEL sentiasa berusaha dari semasa ke semasa memastikan kualiti Mahasiswa sentiasa digilap melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sama ada bersifat dalaman mahupun melalui kerjasama dengan mana-mana badan kerajaan ataupun swasta. Sehubungan itu, dengan adanya program ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswa secara tidak langsung tentang kepentingan berpersatuan untuk menjana semangat kerjasama dan membentuk kepimpinan mahasiswa UNISEL yang aktif dan cemerlang dari segi akedemik dan ko-kurikulum.

MATLAMAT

Matlamat utama program ini dirancang adalah untuk menarik minat pelajar baru dan pelajar lama yang belum lagi mendaftar untuk berpersatuan di Universiti supaya berdaftar mengikut persatuan dan kelab yang dipilih. Selain itu, program ini dibuat untuk menggalakkan pelajar-pelajar UNISEL supaya terlibat sepenuhnya di dalam aktiviti ko-kurikulum yang ada di kampus. Program ini juga bermatlamat dalam mengangkat martabat persatuan dan kelab yang ada supaya persatuan dan kelab ini mempunyai nilainya tersendiri di dalam Universiti.

OBJEKTIF

Antara Objektif utama program ini adalah:-

1. Untuk memupuk minat pelajar baru dan pelajar lama yang masih belum berdaftar sebagai ahli di dalam persatuan dan kelab yang terdapat di UNISEL.

2. Untuk menggalakkan dan mendedahkan kepada pelajar-pelajar Unisel supaya melibatkan diri dalam aktiviti atau program yang dianjurkan oleh setiap persatuan dan kelab yang ada di UNISEL.

3. Untuk memperkenalkan persatuan dan kelab yang terdapat di Unisel sekaligus mengangkat martabat mereka supaya mereka ini dilihat mempunyai nilai tersendiri.

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi motivasi dalam diri serta rasa kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab setiap pelajar dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara. Malah sekaligus dapat memperluaskan jalinan perhubungan dan seterusnya akan dapat memartabatkan UNISEL di mata masyarakat.

Nota:-

Untuk makluman, Semua info bergambar boleh dilihat dan dikomen di laman Facebook MPP UNISEL SESI 2010/2011.Terima kasih kepada semua yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Festival Kelab dan Persatuan Unisel 2010.

About mppunisel

Helpful..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s