Perutusan Yang DiPertua(YDP)

Assalamualaikum W.B.T , salam perjuangan, dan salam perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat saya menghasilkan teks kata-kata aluan bagi mewakili Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 sempena pelancaran web ini. Tidak lupa jugaa ucapan tahniah dan syabas kepada sahabat-sahabat yang telah dipilih menjadi barisan ahli Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL sesi 2010/2011.

Tujuan utama penubuhan web ini adalah sebagai satu medium untuk mahasiswa berinteraksi sesama MPP. Selain daripada berinteraksi sesama MPP, Mahasiswa dan mahasiswi juga boleh memberi aduan, dan laporan tentang ketidakpuasan hati atau masalah-masalah yang dihadapi dengan ahli majlis. Di samping itu saya berharap mahasiswa/I juga dapat memberi buah fikiran tentang cara menangani isu-isu berbangkit yang sering bermain didalam kampus kita.

Web ini juga dapat dijadikan sumber informasi untuk mahasiswa/I UNISEL mengetahui tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada di dalam mahupun diluar kampus. Aktiviti yang bakal di langsungkan juga akan kami paparkan sebagai pengetahuan untuk mahasiswa/i  di UNISEL mahupun mahasiswa/I di universiti lain.

Selain daripada informasi mengenai aktiviti, blog ini juga dapat dijadikan satu tempat untuk mahasiswa/I UNISEL  mengadaptasikan apa yang telah dipelajari mereka di dalam bilik kuliah untuk dikongsi bersama di layar maya ini. Mahasiswa/I juga boleh mengunakan web ini sebagai medium untuk berdiskusi mengenai isu-isu semasa. Saya juga berharap mahasiswa/I bukan sahaja membincangkan perkara yang berada di dalam kampus sahaja sebaliknya berbincang akan perkara yg berlaku di luar kampus. Hal ini membolehkan mahasiswa dapat membuka minda  mereka akan situasi yang berlaku di dalam mahupun di luar Negara.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua mahasiswa/i UNISEL untuk memanfaatkan kewujudan web rasmi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 ini dengan sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, saya mengharapkan kewujudan web rasmi  ini dapat member input-input yang bermanfaat buat kita semua. Insya’Allah.

Akhir kata dari saya selaku Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 ingin memohon ampun dan maaf jika hasil tulisan saya ini menyinggung jiwa-jiwa yang membaca. Sekian, terima kasih. Salam perjuangan dan salam perpaduan, Wasalam.

About mppunisel

Helpful..
This entry was posted in Dari meja YDP. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s