PERUTUSAN MANTAN YANG DI-PERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t..

Salam dari saya untuk semua warga Universiti Industri Selangor.Alhamdulilah, bersyukur saya kepada ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya melengkapkan teks ini. Sepengal sudah berlalu, kini Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 sudah sampai ke penhujung sesi dan akan melabuhkan tirai perjuangannya genap 31 Disember 2010.

Kesempatan ini juga saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak UNISEl kerana banyak memberi kerjasama sepanjang pengal kami bergelar MPP. Tidak lupa juga barisan mantan MPP 2009/2010 yang banyak membantu, kelab-kelab dan persatuan di UNISEL dan Mahasiswa UNISEL yang memahami dan mengerti akan skop kerja kami. Terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan MPP UNISEL 2010/2011 atas komitmen dan tanggungjawab yang telah ditunjukkan oleh kamu semua.

Majlis Perwakilan Pelajar adalah satu badan yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan mahasiswa dan pembangunan modal insan mahasiswa. Sepanjang tempoh jawatan MPP 2010/2011 terdapat pelbagai isu-isu yang hangat diperkatakan sepanajang pengal kami sebagai MPP. Isu-isu seperti PTPTN, pecah masuk asram JNSB, isu HALAL dan pelbagai lagi sering diperkatakan oleh mahasiswa UNISEL. Isu-isu seperti ini telah diperjuangkan oleh pihak kami dan kami telah melakukan apa yang termampu untuk memastikan isu ini dapat selesaikan. Segala kekurangan yang jelas dalam menangani isu ini amat kami kesali dan kami akui disetiap kelemahan ini.

Saya amat mengalakkan mahasiswa UNISEL aktif berpersatuan. Ini kerana dengan berpersatuan, Mahasiswa yang dilahirkan akan lebih matang dan mampu berdikari di alam pekerjaan kelak. Ingin saya ingatkan majikan diluar sana akan sentiasa menilai Mahasiswa dari segi pemikiran dan kematangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perbezaan ini juga kita sudah lihat dari peringkat universiti lagi yang mana Mahasiswa yang aktif akan melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu belajar dan mengurus manakala mahasiswa yang pasif ia akan fokus pada belajar semata-mata dan tidak mempunyai pengalaman mengurus dan sosial yang banyak. Jadi saya memohon agar Mahasiswa UNISELi akan terus mengiatkan diri dalam berpersatuan.

Bagi ahli Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012 yang akan dilantik Januari ini, teruskan langkah anda sebagai seorang pejuang yang akan membela hak dan kebajikan mahsiswa UNISEL. Ia merupakan amanah, pengiktirafan dan kepercayaan terhadap saudara dan saudari bagi memimpin dengan penuh komitmen, bertanggungjawab dan berintergriti. Teruskan perjuangan dan yakin pada setiap perkara yang kamu lakukan.

Akhir kata dari saya sebagai Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011, sama-samalah kita menaikkan nama UNISEL sebagai sebagai sebuah varsiti yang dikenali, disegani dan dihormati ramai. Jangan harapkan UNISEL memberi kita sesuatu sebaliknya kita mesti ada inisiatif untuk memberi sesuatu kepada UNISEL. Saya memohon maaf diatas kesilapan atau kekurangan yang telah saya lakukan sepanjang saya bergelar YDP MPP UNISEL dan terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan yang memahami dan banyak membantu.

Salam Kesinambungan, Salam Perjuangan dan Salam kasih sayang.

Yang benar

AZIM MD. KASIM
Mantan Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011

Advertisements
| Leave a comment

SENARAI NAMA SEKRETARIAT FESTIVAL KONVOKESYEN UNISEL 2010

Tahniah diucapkan kepada semua Mahasiswa / I yang terpilih menjadi Sekretariat Festival Konvokesyen Unisel 2010 yang bakal berlangsung pada 19 November sehingga 23 November. Pihak MPP berharap anda semua dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen. Tahniah sekali lagi.

1. AHMAD ZAHEER FADHILA BIN AZIZAN 3092015223
2. NUR FARAHIYAH ROZMAN 4082006321
3. SUDI BIN SUDIRMAN 4091001091
4. AHMAD NOOR FIKRI BIN ABD RAHIM 4072009261
5. MUHAMMAD HAFRIZ BIN ZAINAL 4101006021
6. MOHD AZLAN SHAH BIN MOHD SHAH 3083013661
7. SITI FATIMAH BT ANHAR 3083021072
8. LIZAKUSNANI BT IHWANTO 3083019457
9. RUS ATIRA NABILLA BINTI RUSLAN 4082003311
10. LUQMAN BIN MOHD YUSOP 4081025011
11. NUR ZULAIQA BINTI ZULHAIMY 4091008511
12. FAIZNOR AISHAH BT AHMAD FUAD 4091010851
13. SARA SALWANA BINTI KASWANDI 4081026461
14. ABDUL WAHAB BIN HAMZAH 4073009931
15. IBRAHIM BIN JUNAIDI 3083017461
16. MOHD HILMAN BINN MOHYEDDIN 3073009651
17. HARI PIRIYA A/P PARAMASIVAN 4081030151
18. SAKUNTHALAI A/P BALASUBRAMANIAM 4091009141
19. FATIN ASYIQIN BT ROSLI 4083014011
20. GEETTHA BALASUBRAMANIAM 4072010341
21. MUHAMMAD FAIZ SYAHMI BIN SAEDON 4082008111
22. KHAIRUL FADHLI BIN JUMMAIN 4073015622
23. MUHAMMAD IHSAN BIN ZAINAL 3083017011
24. YOGA KUMAR NADARAJAH 4081025961
25. AISHAH NURADZIELA BINTI JOHARI 4071041121
26. NALINI A/P KRISHNAN 4081022501
27. MARIAMMAH A/P SUBRAMANIAM 4081024891
28. DIANA NABILAH BT AHMAD FAHMI 4092012651
29. MAS HALIM BIN AMAN 3083017041
30. MOHD NASRON BIN HARUN 4072006751
31. RENDAL JIJD 4092006101
32. NUR ATEEKA BT TONY @ MD JASNEE 4092014991
33. NOOR SYUHAILA BINTI SAI’DON 4072007521
34. MUHD FAUZA BIN CHE ZAUDIN 4081026791
35. SURAMIZA ABDUL KHAR 4073007551
36. MUHAMMAD SHAFIQ BIN ABDULLAH 4083017701
37. MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDULLAH 4092009951
38. SVERINA BINTI JUIS 4092010191
39. MAHENDERAN A/L RAJANDRAN 4092008011
40. UZZAIRAH NABILA BT AHMAD TAZLI 3083017891
41. AIZAT FUAD MOHD AZMAN 4073012231
42. MOHD ZUBIR BIN JOHAN 3081018301
43. NOOR HAYATI BINTI JIMADI 4082003121
44. ABDUL RASHID DURAHMAN 4081028231
45. SAID AZLAN BIN MAHMED 4081027351
46. MUHAMMAD NUR HIZAMMI BIN NORASID 4073000901
47. INTAN FARAHANA BINTI JAMALLUDDIN 4083014781
48. RAIHANA BINTI SALLEH 4091006941
49. HADIA SHAHIRA BT AMIRUDDIN 3083017801
50. MOHD HARMIZI BIN MOHD ARIFFINN 4081033822

PENTING!!

PERJUMPAAN SEMUA SEKRETARIAT FESTIVAL KONVOKESYEN UNISEL 2010 (FESKONISEL 2010). BUTIRAN PERJUMPAAN ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:-

TARIKH : 6 OKTOBER 2010
HARI : RABU
TEMPAT : DEWAN SENAT, UNISEL
MASA : 2:00 P.M

| Leave a comment

Festival Kelab dan Persatuan

Pada 19 Julai sehingga 21 Julai 2010, MPP sesi 2010/2011 telah menganjurkan Festival Kelab dan Persatuan dengan kerjasama Kelab dan persatuann.

PENDAHULUAN

Mahasiswa merupakan barisan pelapis kepada kepimpinan masyarakat dan negara pada masa depan. Justeru itu, sudah pasti warga pendidik UNISEL sentiasa berusaha dari semasa ke semasa memastikan kualiti Mahasiswa sentiasa digilap melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sama ada bersifat dalaman mahupun melalui kerjasama dengan mana-mana badan kerajaan ataupun swasta. Sehubungan itu, dengan adanya program ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada mahasiswa secara tidak langsung tentang kepentingan berpersatuan untuk menjana semangat kerjasama dan membentuk kepimpinan mahasiswa UNISEL yang aktif dan cemerlang dari segi akedemik dan ko-kurikulum.

MATLAMAT

Matlamat utama program ini dirancang adalah untuk menarik minat pelajar baru dan pelajar lama yang belum lagi mendaftar untuk berpersatuan di Universiti supaya berdaftar mengikut persatuan dan kelab yang dipilih. Selain itu, program ini dibuat untuk menggalakkan pelajar-pelajar UNISEL supaya terlibat sepenuhnya di dalam aktiviti ko-kurikulum yang ada di kampus. Program ini juga bermatlamat dalam mengangkat martabat persatuan dan kelab yang ada supaya persatuan dan kelab ini mempunyai nilainya tersendiri di dalam Universiti.

OBJEKTIF

Antara Objektif utama program ini adalah:-

1. Untuk memupuk minat pelajar baru dan pelajar lama yang masih belum berdaftar sebagai ahli di dalam persatuan dan kelab yang terdapat di UNISEL.

2. Untuk menggalakkan dan mendedahkan kepada pelajar-pelajar Unisel supaya melibatkan diri dalam aktiviti atau program yang dianjurkan oleh setiap persatuan dan kelab yang ada di UNISEL.

3. Untuk memperkenalkan persatuan dan kelab yang terdapat di Unisel sekaligus mengangkat martabat mereka supaya mereka ini dilihat mempunyai nilai tersendiri.

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi motivasi dalam diri serta rasa kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab setiap pelajar dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara. Malah sekaligus dapat memperluaskan jalinan perhubungan dan seterusnya akan dapat memartabatkan UNISEL di mata masyarakat.

Nota:-

Untuk makluman, Semua info bergambar boleh dilihat dan dikomen di laman Facebook MPP UNISEL SESI 2010/2011.Terima kasih kepada semua yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Festival Kelab dan Persatuan Unisel 2010.

| Leave a comment

Festival Keusahawanan Islam UNISEL 2010

Pada 28 Jun sehingga 2 Julai, Festival keusahawanan islam unisel dengan teman “Islam For All” anjuran Artist Event MPP Management dengan kerjasama Masjid Unisel dan Persatuan Pelajar. Objektif utama festival ini dijalankan adalah untuk melahirkan golongan Usahawan dan menjadikan perniagaan itu sebagai satu Ibadah. Terdapat banyak pengisian dan aktiviti sepanjang Festival ini berlangsung. MPP juga telah membuka gerai jualan disamping menguruskan segala aktiviti dan pengisisn sepanjang program ini dijlankan. Antara aktiviti dan pengisian termasuklah persembahan kebudayaan daripada UCCA, ICLS & ORKED. Dan yang menariknya, Pihak penganjur telah menjemput Kumpulan UNIC dan ARROW Untuk membuat persembahan mereka. Selain daripada itu, Forum festival keusahawanan ini juga telah diadakan dan panel yang dijemput adalah Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Suaminya.

Untuk makluman, Semua info bergambar boleh dilihat dan dikomen di laman Facebook MPP UNISEL SESI 2010/2011.Terima kasih kepada semua yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakanFestival Keusahawanan Islam UNISEL 2010.

| Leave a comment

Minggu Tekad Siswa Sesi 1/2010/2011

MINGGU TEKAD SISWA (MTS) adalah sebuah program yang dianjurkan khas bagi meraikan semua mahasiswa/I baru UNISEL. Program ini dianjurkan oleh kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP), UNISEL. Sepanjang MTS Berlangsung, para mahasiswa/I baru akan mendapat pelbagai input dan output mengenai universiti dan proses pembelajaran yang bakal dilalui.  Tahniah kerana telah menjadi warga UNISEL.

Pada 19 Jun sehingga 26 Jun 2010, program MTS bagi sesi Jun 2010 telah diadakan secara rasminya. Di kampus Bestari Jaya, Seramai 1700 dan di Kampus Shah Alam, Seramai 600 Pelajar baru telah berdaftar dan diraikan. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah berlaku dan dikongsi bersama. Seramai 75 orang fasilitator yang dipilih telah bekerjasama dengan ahli MPP untuk menjayakan MTS tersebut. Pelbagai penerangan dan aktiviti telah diadakan sepanjang MTS ini. Antaranya adalah, Penerangan mengenai Pinjaman PTPTN, MARA, Unit Disiplin dan keselamatan, Kebajikan pelajar, penginapan pelajar serta penerangan mengenai setiap kursus yang diikuti oleh pelajar. Pada akhir MTS iaitu pada 26 Jun, Semua pelajar baru dari kedua-dua kampus Bestari Jaya dan Shah Alam telah dijemput untuk menyertai Program Ilmuan Bersama Menteri Besar Selangor bertempat di Taman Tasik, Shah Alam. Pada masa yang sama, UNISEL telah dinobatkan sebagai Pemenang keseluruhan ketagori Universiti yang menghantar peserta seramai 2200 peserta.

Untuk makluman, Semua info bergambar boleh dilihat dan dikomen di laman Facebook MPP UNISEL SESI 2010/2011. Sebagai Makluman Tambahan, MTS ini merupakan MTS yang pertama dianjurkan oleh MPP sesi 2010/2011. Terima kasih kepada semua yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program MTS sesi Jun 2010.

| Leave a comment

Mesyuarat Jawatankuasa Mingu Tekad Siswa (MTS) sesi 1/2010/2011

10 Jun 2010: Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Industri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Minggu Tekad Siswa (MTS) bagi semester 1/2010/2011 bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, Bestari Jaya.

| Leave a comment

Malam Jalinan Ukhwah Bersama MPP

Pada 18 Mei 2010 yang lalu, MPP Unisel Sesi 2010/2011 telah mengadakan majlis yang pertama anjuran kami iaitu Malam Jalinan Ukhwah 2010 bertempat di Pusat Pelajar, Unisel. Untuk pengetahuan, tujuan majlis pada malam ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama barisan MPP UNISEL Sesi 2010/2011 dan juga barisan mantan MPP UNISEL Sesi 2009/2010. Selain itu majlis ini juga ingin menghargai semua pihak yang terlibat dalam kempen pilihanraya Fakulti Perniagaan untuk saudara Azim b Md Kassim pada 24 Mac 2010 yang lalu. Sekadar informasi, pilihanraya ini menyaksikan kemenangan saudara Azim dengan 396 undi manakala lawannya saudari Syazwani bt Ngatemin 168 undi.

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh saudara pengerusi majlis Ahmad Shahir bin Mohd Sahran diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Hisham b Ahmad Taib. Seterusnya saudari Noor Faiziatul Nazwa binti Mohd Jamil menyampaikan ucapan selaku pengarah program majlis ini. Acara diteruskan dengan ucapan dari Yang Dipertua MPP Unisel 2010/2011 saudara Azim b Md Kassim diikuti ucapan dari saudari Che Nurulhayatul Saqdiah bt Che Roslan mewakili seluruh mantan MPP Unisel 2009/2010.

Hadirin seterusnya dijemput untuk menikmati jamuan makan malam yang disediakan. Sambil menikmati jamuan, hadirin di sajikan dengan santapan ilmiah dari pemidato terkenal saudara Hasmi Hashim yang menyampaikan pidato beliau dengan begitu bersemangat sekali. Selepas itu saudara Syazni Munir selaku presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan saudara Hilman bin Idham presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI) telah menyampaikan sepatah dua kata. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada semua tetamu yang hadir serta sesi bergambar. Semoga majlis yang berkonsepkan makan malam santai dengan bertemakan pakaian tradisional ini telah mencapai objektifnya. Ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir memeriahkan majlis ini. Sekian.

| Leave a comment